pembaikan dalam pemulihan
Pembedahan yg berlangsung dalam anggaran 2 jam pada pengamatanku..mulanya begitu mendebarkan...masih ku igt lagi ketika di bilik pembedahan, jarum yg digunakan bagi membius batang tubuhku...ya...di batang tulang belakangku!..selalu aku hanya mendengar sahaja desas desus org 'cucuk tulang belakang' ...'cucuk tulang belakang'...skrg ini baru aku tau apa ertinya ayat2 itu...sungguh pilu bila terbayang saat itu. Kengiluan disertakan dengan kesakitan yg menusuk....begitu jelas terasa menyerap mensasar di tulang belakang dan merayap2 ke tulang punggung dan menjalar terus ke seluruh anggota bawah ku....dalam beberapa minit terasa kebas dan aku tidak berdaya menggerakkan kaki ku..sesekala kesan ubat bius tersebut seperti naik ke paras dada dan agak sesak nafas dibuatnye..kebtulan selesema melanda dan terasa begitu payah hendak batuk disebabkan kesan ubat terbabit..Aku agak panik..sampai hendak bercakap pun tak boleh dilontarkan...seperti orang yg nazak layaknya yg hanya bercakap perlahan kerana kesesakan yg melanda..tapi itu hanyalah sementara...doktor menenangkan aku dengan menyatakan ianya hanyalah kesan sementara dan segalanya akan berjalan lancar... Dengan tidak semena2 pikiran aku melayang2 kepada org2 yg tersayang....keretaku, notebook dan sebagainya....semuanya saling bersilih ganti bermain di kepalaku...Jika sudah ditakdirkan ini adalah masa terakhirku di dunia ini...maka selepas ini aku akan menjawab soalan yg bakal diajukan oleh 2 makhluk tuhan yg sudah pun aku tau jawapannya..tetapi semua itu tidak semudah yg disangka....aku tidak sedar apa yg berlaku selepas itu.....
2 jam selepas itu aku terjaga dan aku sedar aku dibawa dari bilik pembedahan ke bilik pemulihan..dalam beberapa ketika aku dibawa terus ke bilik wad dengan diapit oleh 2 orang jururawat yg berbaju biru.....anggun juga gayanya..mengalpakan aku sebentar dengan sakitku...
mereka menghantar kan aku dan meletakkan di atas katil sambil mengenakan lampin bg mengelakkan aku membuang sesuatu yg menyukarkan aku ke tandas....Segalanya ku terima kerana pada masa ini sifat malu seolah2 sudah kebas sama kebas dengan kaki ku pada waktu itu...yg aku tau aku ingin cepat sembuh dan menjalani kehidupan seperti biasa.....
Sehingga lembaran ini dikisahkan...aku masih dalam situasi MC demi memberi ruang penyembuhan pada tempat luka kerana ianya masih lemah ..maklumlah masih merah lagi...aku bersykur kerana semuanya sudah selamat...