Hari hari terakhir di opisku


skrg sudah menunjukkan jam 9 malam...hatiku sayu mengenangkan tempat ini...tempat yg memberi seribu makna sepanjang perjalanan kerjayaku sejak tahun 2005...

hospital serdang...sebuah tempat yg banyak memberi impak maksima dalam kehidupanku sebagai seorang pekerja IT khususnya..sbelum ni aku hanyalah seorang jurutol di salah sebuah pusat tol di seremban...memang sepanjang aku bekerja di tol sana,aku sudah tidak lagi memberi penekanan kepada bidang IT ini apatah lagi utk belajar selok belok dunia IT. Hanya memberi dan menerima tiket tol saja lah yg aku tau waktu itu walaupun aku adalah salah seorang bekas mahasiswa UKM dalam jurusan sains dan maklumat (cewah poyo je bunyi)..

Tapi segalanya berubah apabila aku telah diterima bekerja di sebuah syarikat IT bg projek sistem hospital. Di sana atau lebih tepat lagi di sini , yg dinobatkan sebagai salah sebuah hospital kerajaan yg teranggun abad ini, aku berjaya menempatkan diri sebagai salah seorang staff yg agak berdedikasi juga pada pandangan mata kasarku..tidak tau la pada pandangan mata org lain sbb....owh....

aku rasakan pengalaman berada di sini sejak 3 tahun lalu amat memberi kesan mendalam dalam segala aspek.Waktu mula2 aku mendapat berita yg aku telah berjaya menjawat jawatan ini aku rasekan begitu bertuah kerna aku tidak perlu lagi bangun seawal pagi seawal 5 pagi utk ke kerja dan mengharungi hari2 yg begitu rutin dan waktu yg tidak menentu dalam menjalankan pekerjaan ku sebagai seorang jurutol.Sememangnya aku benci akan kerja bershift..kalau la aku dapat diberi pilihan sewaktu kerja tol dulu hendak saja aku menyatakan aku hanya suka kerja hanya di waktu siang saja..tapi apakan daya ...kerja tol mmg telah diprogramkan utk org org yg sanggup utk menghabiskan masa mereka dengan kerja atau lebih tepat lagi menghambakan diri dengan kerja yg diharungi..OT tidak tentu masa dan boleh dikatakan dipaksa...itu mmg bukan aku...paksa2 bukan cara aku..tapi apakan daya...kerja tetap kerja...biarlah ianya berlalu begitu saja...aku tidak mau mengenang lagi peristiwa kerja itu...apa yg aku nak coretkan di sini adalah kerja ku skarang yg bakal ku tinggalkan..bukan kerja ku yg aku tinggalkan tetapi tempat ini...tempat yg memberi ruang utk aku bekerja...

31 januari ini tamatlah tempoh kontrak utk syarikat aku membuat maintenance bagi sistem hospital di sini...maka selepas itu kami staff2 yg berada di sini akan dihantar ke mana2 site hospital yg masih lagi ada kontrak utk kami menempatkan diri...aku pasrah dengan keadaan ini..hanya ada 4 pilihan...Ampang, Sg buloh, Sg Petani dan Alor Setar....

Sg Buloh mmg jauh dalam hati ku..mmg tempat itu jauh jugak dari pandangan mataku....apa yg mampu aku pilih hanyalah Ampang...di situ dekat....Sg petani dan Alor Setar tidak sanggup aku teruskan ayat2 ku..aku mmg terkenal dengan jenis org yg tak suka berjauhan dengan keluarga..Sedangkan masa belajar dulu pun pilihan U yg aku pilih adalah UKM,UPM,UM dan UKM balik...ternyata tempat2 yg ku pilih mmg sekitar pusat malaysia...lebih dari pusat aku tidak suka..tidak mampu utk aku berjauhan dari bonda dan ayahnda tercinta...biarlah org berkata aku anak mak dan sebagainya tapi berjauhan dengan keluarga tidak sesekali...

Ampang ku dengar ada kekosongan tapi masih lagi dalam proses permintaan dari boss ku..aku dan seorang sahabat merayu agar ditempatkan di Ampang tapi jawapan masih belum kami terima. Dengar khabarnya besok baru diberitahu...Jika tidak kami kemungkinan akan di hantar jua ke utara sana dan di situ aku tidak berdaya...tidak mampu aku meneruskan kata2...kami diberi pilihan jika tidak dihantar di sana maka VSS atau sistem sukarela utk berhenti diberi...Itu yg membuat hati aku sayu sehingga melahirkan coretan ini...Hospital ini aku sayang...walaupun ia bukan orang tapi perasaan insanku ttp utuh terpasang...ntah la..harap harap besok dapat jawapan yg merangsang....



musim blogger

hm...ari ni ari ahad....tapi date kat blog ni tulis ari sabtu...hmm..nanti aku godek la betulkan...takde keje nak buat...bangun2 tido je terus bukak pc ni dan merayau2...on kan ym dan macam biasa ari ahad adalah hari paling damai di ruangan frenlist ym ku....ade la beberapa orang yg online...ttiba je keluar satu pop up mesej dari seseorang yg ku kenali sebagai shuth...member baik aku mase di matriks kuala pilah suatu ketika dahulu...beliau ni dengan aku mmg akrab dulu..budak JB...sama2 mengharungi pahit maung belaja di matrikulasi yg penuh dengan jadual waktu yg padat...

berbalik pada situasi sebenar iaitu mesej ym tadi... tajuknya berkaitan dengan isu semasa iaitu "palestin dan apa yg mampu kita lakukan"..mmg kebetulan jiwa aku membengkak dengan peristiwa yg meragut nyawa dan jiwa org islam di tebing barat sana....laju je aku klik tanpa pikir panjang....tapi perhatian aku diragut pula oleh bermacam2 jenis tajuk dan link dalam web yg dipaparkan...bukan pasal isu palestin yg aku hadapkan sangat tapi lebih kepada kejayaan beliau iaitu shuth atau nama sebenar shuhaimi abu bakar...masih igt aku name penuhnye walaupun telah lame kami meninggalkan zaman pembelajaran di matriks dahulu..actually zaman pembelajaran kami tidak terhenti di situ..kami terus bersama melanjutkan pelajaran di UKM
Bangi dan mengambil jurusan IT dalam pengkhususan sains maklumat.

Bangga aku tengok kawan baik aku ni berjaya dalam bidang IT ni....beliau buat perniagaan just di dalam internet tetapi hasilnya aku dapat lihat..mmg berjaya..dah lame jugak aku idam2kan utk jadi macam apa yg dia ada sekarang...duduk di rumah dan menguruskan perniagaan hanya duduk di rumah.Pendapatan tetap maintain dan masyuk plak tu..sebelum ni beliau bekerja di NIOSH bangi tapi disebabkan pendapatan yg melebihi dari pendapatan makan gaji, beliau sanggup berhenti dan menumpukan sepenuh masa dalam bisnes beliau.Dan aku salute spring ngan dia ni..dari zaman belajar sampai la sekarang dia ni mmg power dalam segala segi berkaitan IT lah...zaman belaja beliau ni menjadi rujukan kawan² terutamanya dalam subjek bahasa programming iaitu "bahasa C" yg merupakan subjek yg paling payah bagi kami semua..tapi bagi beliau begitu mudah sekali seolah2 "bahasa C" tu adalah bahasa hari² beliau kat umah...hmm...

sehingga sekarang sudah banyak lubok perniagaan internet yg beliau ceburi disamping pelbagai web yg beliau miliki. salah satu web yg aku dah bookmark adalah rahsia blogger. tu pasal la aku merajinkan diri menulis dalam blog yg sudah beberapa bulan aku create. Dulu sebelum zaman blog menjadi2 seperti sekarang ni aku dah ade dah blog tu tapi dah tak aktif dah..banyak cerita berkisar pada kisah hari² yg aku lalui..dah macam diari online la kiranya...tapi skrg ni aku igt nak mulakan blog baru ni...takpe..kita tengok nanti....kadang2 aku ni hangat² taik hayam jer...