Membuat Duit Di Internet Bukan Mudah!

Blog yang didefinisikan, diwar-warkan oleh semua orang bahawa kita akan menjana pendapatan atau pendek kata boleh buat duit dengan senang dan menjadikan kita kaya raya dengan sekelip mata. Betulkan begitu?

Semua ini adalah tipu semata-mata, Aku bermaksud bukan kita tidak boleh menjana pendapatan yang banyak dengan blog, tetapi apa yang hendak dinyatakan ialah untuk menjana pendapatan dengan mudah dengan hanya membina blog dan menanti keajaiban yang kita akan jadi kaya serta merta ia hanyalah angan-angan.

Membina blog adalah mudah tetapi untuk menjadikan blog sebagai lubuk duit adalah sukar jika kita tidak tahu caranya. Banyak pekara yang perlu dipelajari seperti bagaimana perancangan promosi blog , memahami konsep SEO ( search engine optimization), memahami minat pembaca, tajuk atau konsep blog dan maklumat lanjut yang lain. Pekara paling penting jika kita benar-benar ingin berjaya menjana pendapatan daripada blog, kita tidak boleh berputusa asa dan perlu banyak bersabar serta mempelajari sesuatu yang baru tanpa jemu. Jangan hangat2 taik hayam jer...

cewah...macam poyo je aku menulis blog...gara2 lepas baca blog member aku sorang tu la yg dah berjaya dalam bidang blogger ni...

ari ni....aku kat kg...baru lepas sampai umah di seremban...letih gak walaupun seminggu sekali balik ke desa tercinta ni...cadangnye lepas ni nak bawak moto je tapi apekan daya....boss merangkap ketua keluarga aku tak benarkan...dia suh bawak moto baru..actually ade la beberapa biji moto kat kg ni..aku igt nak bawak yg buruk tu jer...senang aku nak parking kat komuter nanti...cadangnye tak perlu la aku bawak keta comel ku tu lagi ke hulu hilir..abiskan duit ke tol dan minyak je...naik komuter jimat...parking je motor kat komuter time nak balik kg...moto buruk jer...takde la risau sangat...kalau moto baru...tak sempat aku nak merasa nikmat bermotor di tempat org la gamaknye lepas tu...ish...malas lagi...berat plak mata ni...ke aku mmg dilahirkan sebagai seorang pemalas???!!!
0 Responses